Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi

Am

Berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda, Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) akan menerangkan polisi Jelawang Capital Sdn. Bhd. (“JC”), anak syarikat serta pihak bersekutunya (affiliates) (secara kolektif akan dirujuk sebagai “Syarikat”) berkenaan pengumpulan Data Peribadi daripada anda. JC mempunyai budi bicara Tunggal untuk meminda Notis ini dari masa ke semasa, dan notis terpinda tersebut akan diterbitkan oleh JC di laman sesawang rasminya.

Data Peribadi

  1. “Data Peribadi” membawa maksud yang sama seperti di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seperti yang boleh dipinda dari semasa ke semasa) di Malaysia (“Akta”) di dalam Notis ini yang merujuk kepada maklumat berkenaan anda, yang daripadanya anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terbatas kepada nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon, nombor telefon mudah alih, kad pengenalan atau paspot, agama, bangsa, sambutan keagamaan atau adat, imej atau gambar, jantina dan maklumat kerja/perniagaan, butiran pengenalan anda dan sebarang maklumat yang dijana melalui interaksi anda dengan Syarikat termasuklah data peribadi sensitif.
  2. Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Syarikat secara terus, Syarikat boleh mengumpul Data Peribadi anda melalui pelbagai sumber seperti maklumat di dalam borang pendaftaran atau sebarang borang lain, daripada sumber pihak ketiga seperti laman sesawang pengiklanan, agensi, rujukan daripada pihak ketiga, apabila anda menghantar maklumat di laman sesawang Syarikat atau laman sesawang berkaitan (“Laman Sesawang”) atau maklumat lain yang dijana melalui interaksi/komunikasi anda dengan Syarikat.
  3. Dalam beberapa keadaan, Data Peribadi anda mungkin dikumpul secara tidak lansung melalui alat-alat pengawasan atau kaedah lain seperti, sistem pengawalan dan akses bangunan, kamera litar tertutup, log dan rakaman telefon serta log akses internet.
  4. Dengan berinteraksi/berhubung dengan serta menggunakan perkhidmatan Syarikat, anda dengan ini memberi kebenaran untuk pemprosesan Data Peribadi anda dan, di mana memberikan Data Peribadi bagi individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapat kebenaran untuk atau oleh individu tersebut bagi pemprosesan Data Peribadi tersebut oleh Syarikat sejajar dengan Notis ini.
  5. Syarikat tidak menawarkan sebarang perkhidmatan kepada dan juga tidak akan mengumpul atau memproses data peribadi secara sedar atau sengaja daripada individu-individu di bawah umur 18 tahun. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan Syarikat atau menyerahkan data peribadi anda kepada Syarikat.
  6. Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda adalah diperlukan oleh Syarikat untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan di bawah. Syarikat tidak akan dapat memberikan perkhidmatan kepada anda dengan berkesan jika anda tidak bersetuju, mengehadkan atau menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh Syarikat.

Tujuan Penggunaan

  1. Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Syarikat boleh mengumpul, menggunakan, memproses dan menyimpan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut (“Tujuan”):-
    • Pentadbiran umum dan penyimpanan rekod;
    • Memberikan perkhidmatan yang ditawarkan Syarikat kepada anda;
    • Tujuan audit dan pematuhan;
    • Tujuan pengurusan risiko dan keselamatan;
    • Tujuan Pembangunan, pemasaran dan promosi bagi program dan inisiatif oleh atau berkaitan Syarikat dan semua kerja-kerja berkenaan dengannya;
    • Pemberian dan pengawasan akses kepada tempat kerja, fasiliti dan system berkenaan;
    • Siasatan dalaman dan tindakan guaman, termasuk rujukan semakan kepada badan berkanun berkenaan;
    • Pematuhan dan kebenaran dibawah peraturan dan undang-undang; dan/atau,
    • Sebarang tujuan lain yang perlu atau dibolehkan di bawah undang-undang.

Pemindahan Data Peribadi

  1. Data Peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses di kawasan bidang kuasa selain daripada Malaysia untuk Tujuan di atas, termasuklah sekiranya pelayan (server) Syarikat berada di luar Malaysia. Anda dengan ini membenarkan pemindahan Data Peribadi anda seperti yang dijelaskan di sini.

Penggunaan Oleh dan Pendedahan Kepada Pihak Ketiga

  1. Syarikat boleh menggunakan syarikat, pemberi servis atau individu pihak ketiga untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihak Syarikat, dan oleh sebab itu boleh memberikan akses atau pendedahan Data Peribadi anda kepada pemberi servis atau pihak ketiga tersebut. Pihak ketiga yang dirujuk di dalam bahagian ini termasuklah (tidak terbatas kepada):-
    • pihak ketiga yang mana Syarikat telah menyerahkan sebahagian daripada fungsi dalamannya, seperti pembekal teknologi informasi dan agensi media/pemasaran;
    • pihak ketiga yang dilantik oleh Syarikat berkenaan dengan perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada anda dan/atau orang awam.;
    • pemberi khidmat guaman, insurans dan audit kepada Syarikat;
    • sebarang entiti berkaitan Syarikat;
    • badan-badan perundangan, kerajaan dan berkanun apabila perlu dan dibenarkan di bawah undang-undang; dan
    • pihak ketiga lain yang mana Syarikat mungkin dikehendaki menzahirkan Data Peribadi anda, berdasarkan terma kontrak dengan pihak ketiga tersebut dan/atau polisi yang berkenaan.

Keselamatan Data Peribadi anda

  1. Syarikat komited dalam perlindungan data peribadi anda dan telah mengambil langkah teknikal, kontrak dan organisasi yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau kemusnahan.

Akses dan Pembetulan

  1. Anda boleh, dengan memberi notis bertulis seperti di Maklumat Berhubung di bawah, memohon untuk akses dan/atau membuat pembetulan Data Peribadi anda. Syarikat berhak menolak permohonan akses atau pembetulan atas sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pembatasan

  1. Anda boleh, dengan memberi notis bertulis seperti di Maklumat Berhubung di bawah, membataskan had pemprosesan Data Peribadi anda bagi Tujuan di atas. Sila ambil maklum bahawa sekiranya anda memilih untuk membataskan had pemprosesan Data Peribadi anda, ia akan memberi kesan kepada kebolehan Syarikat untuk melaksanakan fungsi tertentu berkenaan dengan hubungan Syarikat dengan anda.

Penyimpanan Data Peribadi anda

  1. Syarikat akan menyimpan Data Peribadi anda dengan mematuhi Notis ini untuk tempoh hubungan anda dengan Syarikat dan untuk sebarang tempoh selanjutnya seperti yang diperlukan untuk tujuan-tujuan perniagaan Syarikat atau jika dikehendaki oleh apa-apa undang-undang atau polisi atau terma kontrak yang terpakai kepada Syarikat.
  2. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang atau peraturan atau polisi atau terma kontrak yang memerlukan penyimpanan Data Peribadi anda oleh Syarikat, Syarikat akan memadamkan Data Peribadi anda selepas menerima permintaan untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda atau selepas ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

Maklumat Berhubung

  1. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda yang diambil dan diproses oleh Syarikat, sila berhubung dengan:
    • Nama: Muhammad Hisyam Abdullah
    • Jawatan: Ketua Unit Undang-undang
    • Email Address: [email protected]

Bahasa

  1. Notis ini dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 7(3) Akta. Versi Bahasa Inggeris akan diutamakan sekiranya tertimbul sebarang ketidakselarasan.

Pengakuan dan Kebenaran

Dengan menggunakan secara berterusan perkhidmatan Syarikat dan/atau berinteraksi dengan Syarikat, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan faham Notis ini dan bersetuju serta membenarkan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan penyimpanan Data Peribadi anda oleh Syarikat seperti yang dijelaskan di dalam Notis ini.